Akaun kedaimuslim.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.





LIHAT VIDEO INI UNTUK LEBIH MEMAHAMI ISI DALAM DAN KEISTIMEWAAN MUSHAF ALFATIH



Soalan Lazim Berkaitan Mushaf AlFatih

Soalan - Apakah dibolehkan untuk memegang mushaf AlFatih tanpa wuduk?

Mushaf AlFatih merupakan Al-Quran tafsir terjemahan dan ruminya insya Allah melebihi ayat2 arab Al-Quran

Jawapan 

Menyentuh Tafsir al-Quran Tanpa Wudhu’

Jumhur ulama` mengatakan dibolehkan bagi menyentuh, membawa dan mengulangkaji tafsir al-Quran yang mana padanya terdapat ayat-ayat al-Quran meskipun dalam keadaan berjunub. Ini kerana yang dimaksudkan tafsir itu adalah makna-makna dari al-Quran dan bukan membacanya. Makanya, hukum al-Quran tidak terpakai kepadanya.

Adapun di sisi mazhab Syafi’e, yang sahih di sisi mereka adalah haram menyentuh dan membawa tafsir sekiranya ayat al-Quran lebih banyak dari tafsirnya. Sekira tafsirnya lebih banyak dari ayat al-Quran, maka hukumnya dibolehkan.

Ini sepertimana yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu`:

كِتَابُ تَفْسِيرِ الْقُرْآنِ إنْ كَانَ الْقُرْآنُ فِيهِ أَكْثَرَ كَبَعْضِ كُتُبِ غَرِيبِ الْقُرْآنِ حُرِّمَ مَسُّهُ وَحَمْلُهُ وَجْهًا وَاحِدًا كَذَا ذَكَرَهُ الْمَاوَرْدِيُّ وَغَيْرُهُ وَنَقَلَهُ الرُّويَانِيُّ عَنْ الْأَصْحَابِ وَإِنْ كَانَ التَّفْسِيرُ أَكْثَرَ كَمَا هُوَ الْغَالِبُ فَفِيهِ أَوْجُهٌ أَصَحُّهَا لَا يَحْرُمُ لِأَنَّهُ لَيْسَ بِمُصْحَفٍ

Maksudnya: Kitab tafsir al-Quran, sekiranya pada tafsir itu terdapat banyaknya al-Quran (ayat-ayatnya) seperti sebahagian kitab-kitab gharib al-Quran, maka diharamkan untuk menyentuh dan membawanya pada pendapat yang satu. Ini seperti yang disebutkan oleh al-Mawardi dan selainnya dan dinaqalkan juga oleh al-Ruyani daripada ashab. Sekiranya tafsir itu lebih banyak daripada kebiasaannya, maka padanya ada beberapa pendapat dan yang paling sahih adalah tidak diharamkan (untuk menyentuh dan membawanya) kerana ia bukanlah mushaf.Kitab tafsir al-Quran, sekiranya pada tafsir itu terdapat banyaknya al-Quran (ayat-ayatnya) seperti sebahagian kitab-kitab gharib al-Quran, maka diharamkan untuk menyentuh dan membawanya pada pendapat yang satu. Ini seperti yang disebutkan oleh al-Mawardi dan selainnya dan dinaqalkan juga oleh al-Ruyani daripada ashab. Sekiranya tafsir itu lebih banyak daripada kebiasaannya, maka padanya ada beberapa pendapat dan yang paling sahih adalah tidak diharamkan (untuk menyentuh dan membawanya) kerana ia bukanlah mushaf.[5]

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kami berpendapat dibolehkan bagi mereka yang berhadas untuk menyentuh dan membawa tafsir al-Quran begitu juga untuk mengulangkajinya. Namun, mestilah tafsirnya itu melebihi kandungan ayat al-Quran dan pendapat ini juga sesuai dengan pendapat yang sahih di sisi mazhab Syafi`e. Menyentuh tafsir seperti ini tidaklah mengurangkan pengagungan terhadap al-Quran. Adapun yang terbaiknya adalah dengan berwuduk. 

Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.

Wallahua`lam.


Soalan - Boleh atau tidak masuk ke tandas dengan membawa al-quran di dalam bag..

jika tinggal diluar dikhuatiri bag tersebut dicuri 


Jawapan 


Jangan membawa tulisan yang tertera nama Allah dan nama-nama-Nya yang lain ke dalam tandas kerana ia tempat yang kotor dan najis.

(Fiqh Manhaji Jilid 1 m/s 105)


Soalan - Perlukah wuduk ketika belajar al-quran dgn mendengar MP3 bacaan ayat sambil tangan membuka al-quran

(Pen mushaf AlFatih juga boleh bertindak sebagai MP3)

Jawapan

Jika belajar al-quran dengan mendengar MP3 sahaja, tidak perlu berwuduk, tetapi jika menyentuh al-quran perlu berwuduk.

Ini kerana al-Quran yang dirakam atau seumpamanya tidak mengambil hukum seperti mana hukum mashaf al-Quran yang dibaca secara terus.

 

Soalan - Hukum membaca al-quran sambil baring.

Jawapan

Tiada halangan membaca al-Quran sambil baring.

Firman Allah surah an-Nisak ayat 103:

فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ..

Yang bermaksud, dan berdzikirlah kepada Allah dalam keadaan berdiri, dan dalam keadaan duduk dan dalam keadaan berbaring

Allah berfirman surah ali-Imran ayat 191:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ …

Yang bermaksud, dan orang orang yang berdzikir kepada Allah dalam keadaan berdiri,

dan dalam keadaan duduk, dan dalam keadaan berbaring


Soalan - Berapa lama waranti mushaf AlFatih

Jawapan

1 tahun waranti bermula dari tarikh pengeposan Al-Quran


Soalan - Jika pen rosak dan dah habis waranti boleh ke beli loose pen sahaja?

Jawapan

Boleh. Hubungi kami di talian 018-9100 852 untuk urusan pembelian loose pen mushaf AlFatih


Rujukan: 

1. https://maktabahalbakri.com/847-memegang-tafsir-al-quran-tanpa-wudhu/

2. https://muftins.gov.my/2019/06/24/memegang-membaca-membawa-al-quran/


BERITA BAIK


KAMI ADA HADIAH ISTIMEWA BUAT ANDA SEMUA
SEMENTARA STOK MASIH ADA


PERCUMA SENI KHAT KUFI BERNILAI RM40!!


DAPATKAN SEGERA